Sunday, September 4, 2011

Majlis Sambutan Hari Raya Alumni SMK Paya Besar Tahun 2011



Alhamdulillah,bersyukur kepada Allah swt yang telah memberi izin menjayakan Majlis Sambutan Hari Raya Alumni SMK Paya Besar bagi tahun 2011 dengan meriahnya.Seramai hampir 200 orang hadirin telah memenuhi dewan terbuka SMK Paya Besar pada 3 September 2011 yang lalu.Mereka terdiri dari alumni,guru,bekas guru serta anak-anak alumni telah hadir berpakaian segak & cantik bergaya.

Objektif majlis sambutan ini antara lain adalah untuk mempertemukan semula alumni & guru serta keluarga masing-masing,memeriahkan sambutan hari raya & bermaaf-maafan antara satu sama lain.Selain itu,majlis ini juga menjadi titik mula menghimpunkan semula alumni bagi menjayakan pelancaran Persatuan Alumni SMK Paya Besar yang akan diadakan tidak lama lagi.

Semoga bertemu lagi pada program yang akan datang.Teruskan menyokong Persatuan Alumni SMK Paya Besar dan ikuti perkembangan & aktiviti di laman ini.Alumni juga dialu-alukan menyertai group ~::Alumni SMKPB Since 1983::~ di laman sosial Facebook.

Friday, June 4, 2010

Selamat Datang


Selamat datang ke blog rasmi alumni SMKPB.Blog ini diwujudkan bagi memudahkan semua alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar,Kuantan,Pahang dari seawal tahun 1983 sehingga terkini,bagi mengetahui perkembangan terbaru rakan-rakan & guru-guru serta aktiviti-aktivi yang telah & bakal dianjurkan oleh persatuan alumni.
Diharapkan dengan wujudnya blog ini akan lebih mengeratkan lagi ikatan persaudaraan warga alumni SMKPB serta melicinkan pelaksanaan program yang bakal dianjurkan oleh persatuan alumni yang bakal ditubuhkan secara rasmi tidak lama lagi.
Semoga usaha ini dapat menjadi titik tolak kepada alumni sebagai produk modal insan SMKPB untuk berbakti kepada sekolah & masyarakat selaras dengan motto sekolah BERILMU,BERAMAL,BERBAKTI.