Alumni

LOGO ALUMNI



Berikut adalah antara tujuan penubuhan Persatuan Alumni SMK Paya Besar,Kuantan:

*Membantu dari pelbagai sudut seperti kemahiran profesional,kewangan,motivasi dan sebagainya bagi menaikkan imej SMK Paya Besar sebagai sekolah harian biasa setaraf dengan sekolah-sekolah yang ternama.

*Setelah beberapa dekat penubuhan sekolah, masih belum ada usaha menubuhkan Persatuan Alumni.

*Menyatupadukan semua bekas pelajar SMK Paya Besar di bawah satu persatuan alumni. Dengan harapan persatuan ini akan mengakrabkan lagi hubungan siratulrahim antara alumni melalui penganjuran pelbagai program berbentuk kekeluargaan.

*Mewujudkan interaksi dua hala antara pihak alumni dan pihak pentadbiran SMK Paya Besar.Secara tidak langsung alumni dapat mengetahui & mengikuti perkembangan serta aktiviti terkini di sekolah.Selain itu,pihak alumni juga boleh bekerjasama dan seterusnya menyumbang sebarang input bagi tujuan penganjuran program yang bakal diadakan oleh pihak pentadbiran sekolah kelak.

*Memberi sokongan,tauladan serta motivasi kepada pelajar-pelajar yang masih menuntut di SMK Paya Besar agar lebih berjaya dan cemerlang. Di mana pihak alumni akan mengetengahkan ahli-ahlinya yang berjaya di setiap bidang kerjaya,untuk dijadikan role model. Kegagalan ahli alumni juga akan diketengahkan agar ianya dijadikan pengajaran berguna,baik kepada pelajar mahupun ahli alumni itu sendiri.

No comments:

Post a Comment